Reka bentuk Messerschmitt Me 321

Me 263 mempunyai rangka tiub keluli yang dibekalkan oleh syarikat Mannesmann, dengan penyokong kayu dan diselitupi penutup kain dope. Ini membenarkan pembinaan pantas dan pemulihan mudah dan turut menjimat berat. Me 263 ditukar nama sebagai Me 321 dan digelar Gigant (Gergasi) kerana saiznya yang besar.

Muncungnya berdiri lebih 6 meter tinggi, dan terdiri dari dua pintu kerang. Pintu itu hany aboleh dibuka dari dalam, dan tanjak akan digunakan bagi membenarkan kenderaan dipandu masuk atau keluar. Berbanding Ju 52, Me 321 menawarkan ruang bebam 6 kali lebih besar, sekitar 100 meter persegi (1,100 ka2), dan mampu menerima kargo kasar seberat hingga 23 metric ton (23 long ton). Ruang kargo teleh direka bagi menyerupai ruang isi kereta leper kereta api Jerman piwaian, membenarkan sebarang kargo yang mampu bergerak melalui landasan boleh muat kedalam Me 321. Sebaliknya juga, sekiranya digunakan bagi mengangkut penumpang, 120-130 tentera denagn kelengkapan penuh mampu dimuatkan.[2]

Me 321 dilengkapkan dengan bahagian bawah boleh buang terdiri dari dua roda belakang Bf 109 di hadapan dan dua roda utama Junkers Ju 90 di belakang dan bertujuan bagi mendarat pada empat luncur boleh dipanjangkan.

Penerbangan pertama prototaip Me 321 V1 berlaku pada 25 Februari 1941, ditunda di udara oleh Junkers Ju 90. Ia diterbangkan oleh juru terbang ujian Messerschmitt, Karl Baur, dan membawa 3 tan pemberat. Baur melaporkan bahawa kawalan adalah berat dan lambat bertindak balas dan ia diputuskan membesarkan kokpit bagi memuatkan juruterbang kedua dan pengendali radio dan kawalan berkembar dipasang. Motor servo eletrik juga dipasang bagi membantu menggerakkan ridip sayap (wing flaps) yang besar dan ujian lanjut turut menyebabkan payung terjun brek ditambah.

Ujian penerbangan dibebani kesulitan, kerana Ju 90 tidak cukup berkuasa, da sebagai langkah sementara tiga pejuang berat Messerschmitt Bf 110, digunakan dalam apa yang dikenali sebagai tatarajah Troikaschlepp. Ini adalah pergerakan yang mat merbahaya dan Ernst Udet meminta Ernst Heinkel untuk mencadang sesuatu yang lebih baik. Heinkel bertindak balas dengan mencipta Heinkel He 111Z Zwilling (Kembar), yang menggabungkan dua pesawat He 111 dengan enjin kelima ditambah. Unit berlepas bantuan roket turut digunakan bagi membantu berlepas dari lapangan kasar.